Monday 12 March 2012

Hujung minggu di negeri Kelantan

Hari Sabtu (10hb Mac 2012) balik kampung ke negeri Kelantan kerana ingin menghadiri majlis kenduri kahwin sepupuku iaitu anak kepada Pak Usu yang tinggal di Kadok. Singgah sebentar di rumah ibuku (Kandis) dan setelah selesai minum petang aku terus ke KB untuk bermalam di rumah adik-adikku. Seronok kami berkongsi cerita tentang pengalamanku dan suami ketika kami menunaikan fardhu Haji pada musim yang lepas. Kalau tak ada aral melintang adikku (Norazizon) dan suaminya serta ibuku akan mengerjakan umrah tidak lama lagi jadi bertambah cerialah ceritanya. Jam 1.00 pagi barulah kami tidur itu pun kesiankan adikku yang seorang lagi (Apis) kerana esok beliau akan bekerja.

Esoknya pagi-pagi lagi aku dan suami keluar mencari tempat untuk sarapan, silap kiraan kami kerana berhenti di kedai yang nampaknya ok tapi masakannya tak kena dengan selera kami. Tengaharinya barulah kami ke rumah Pak Usu, di situ kami makan dengan enaknya kerana menunya sedap. (nasi putih, daging masak singgang, ayam percik, ikan masin, acar kubis dicampur dengan karot, sambal belacan serta pemanis mulutnya buah temikai dan kuih nikbat) Sayang sekali aku terlupa nak makan kuih nikbat sebab dok asyik meratah ayam percik sambil melayan saudara-maraku. Seronok betul aku dapat berjumpa saudara-maraku tapi tak berpeluang untuk bercerita lama dengan mereka kerana terpaksa pulang ke KL pada petang itu juga.

Thursday 8 March 2012

Aktiviti hari ini

Demam dah sihat tapi batuk masih ada lagi. Hari ni dah mula mengaji Quran mengikut kumpulan. Seronok juga walaupun hari hujan. Siapa nak mengaji datanglah join kami.


 






Hari yang lesu

Hari ini aku demam, batuk, selsema dan sakit-sakit badan agaknya akibat mengemaskini pokok-pokok bunga yang dah lama tidak disiram dan dibaja. Banyak lagi pasu bunga yang belum dikemas apa boleh buat sakit dah datang.

Mengaji Quran pun tak pergi ari ni harap-harap cepat sihat kerana esok ada mengaji di rumah kawan. Esok baru hari pertama nak join kumpulan itu. Tak bestlah kalau batuk-batuk. Seronok pergi mengaji kat umah orang boleh jeling-jeling pokok-pokok bunga mereka dan kalau sesuai mintalah anak benih sekali maka bertambahlah koleksi pokok bunga kat umah aku nanti.

Menjahit belum mula lagi ni tapi kainnya dah potong cuma tunggu masa yang sesuai untuk duduk di depan mesin jahit. Aku ni tengok angin bila rajin baru mula.








 




Tuesday 6 March 2012

Tanaman di sekeliling rumahku

Pokok Orkidku

Inilah pokokku yang dah bertahun aku tak jaga. Memang tak berbunga  dan hampir mati. Hari ini aku mula membajanya dan aku nak tengok betul ke bagus baca yang aku beli ni kata penjual baja tu pokok akan cepat keluar bunga kalau guna baja ini.



















Pokok Rosku

Pokok yang ada bunga ni pokok baru ditanam dan kalau tak ada bunga tu pokok yang baru nak dipulihkan











Ini pula air terjun ciptaan suami saya yang tak akan dapat dibeli di mana-mana.




Ini pula pokok pelbagai yang dah lama tak dapat baja












Sunday 4 March 2012

Permulaan Kisah Baru


Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog saya. Ini merupakan pengalaman yang baru kepada selepas mendapat inspirasi daripada blogger-blogger dan dorongan anak saya. Gambar di atas menunjukkan seluruh ahli keluarga saya.

Saya merupakan ibu kepada 4 org anak (3 lelaki, 1 perempuan) dan juga seorang suri rumah sepenuh masa. Ketika suami saya bekerja, saya gemar mengisi masa lapang dengan hobi-hobi saya. Antaranya adalah, menanam pelbagai jenis pokok termasuk pokok orkid dan juga menjahit pakaian terumatanya pakaian wanita (baju kurung).

Antara tujuan saya membuat blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya di dalam hobi-hobi saya ini. Ikuti blog saya untuk tips-tips dalam menanam pokok dan juga hasil karya jahitan saya. Jika pembaca-pembaca berminat untuk mengikuti saya dalam perjalanan "kampung di pinggir bandar" ini, click-lah sebagai follower saya!

Sekian, itu saja mukadimah untuk blog saya. Nantikan entry-entry saya yang pasti akan membawa satu pandangan baru terhadap kehidupan di Kuala Lumpur.

Terima Kasih!
Yatie Batu Muda