Monday 12 March 2012

Hujung minggu di negeri Kelantan

Hari Sabtu (10hb Mac 2012) balik kampung ke negeri Kelantan kerana ingin menghadiri majlis kenduri kahwin sepupuku iaitu anak kepada Pak Usu yang tinggal di Kadok. Singgah sebentar di rumah ibuku (Kandis) dan setelah selesai minum petang aku terus ke KB untuk bermalam di rumah adik-adikku. Seronok kami berkongsi cerita tentang pengalamanku dan suami ketika kami menunaikan fardhu Haji pada musim yang lepas. Kalau tak ada aral melintang adikku (Norazizon) dan suaminya serta ibuku akan mengerjakan umrah tidak lama lagi jadi bertambah cerialah ceritanya. Jam 1.00 pagi barulah kami tidur itu pun kesiankan adikku yang seorang lagi (Apis) kerana esok beliau akan bekerja.

Esoknya pagi-pagi lagi aku dan suami keluar mencari tempat untuk sarapan, silap kiraan kami kerana berhenti di kedai yang nampaknya ok tapi masakannya tak kena dengan selera kami. Tengaharinya barulah kami ke rumah Pak Usu, di situ kami makan dengan enaknya kerana menunya sedap. (nasi putih, daging masak singgang, ayam percik, ikan masin, acar kubis dicampur dengan karot, sambal belacan serta pemanis mulutnya buah temikai dan kuih nikbat) Sayang sekali aku terlupa nak makan kuih nikbat sebab dok asyik meratah ayam percik sambil melayan saudara-maraku. Seronok betul aku dapat berjumpa saudara-maraku tapi tak berpeluang untuk bercerita lama dengan mereka kerana terpaksa pulang ke KL pada petang itu juga.

No comments:

Post a Comment